Trial SPM



So people, mid year exam is over. And let me tell you guys my target in this test and upcoming test which is trial SPM and real SPM. Hehe c:

Bahasa Melayu : 70% and above
English : 60% and above
Agama : 60% and above
Science : 60 % and above
History : 50% and above
Tasawwur : 65% and above
Perdagangan : 65% and above
Maths : 40% and above -.-

Nothing to say, act I hate maths! But yeah I'll try my best. I really hope I can achieve this target. Wish me luck guys :) Okay gonna study now. Chows!


Apa Erti Sahabat?



Adakah sahabat itu adalah kawan masa kita senang aje? Ataupun?


Huh --' Bagi aku, Sahabat itu amat besar maknanya. Memang susah nak cari tapi memang wujud. Yang boleh aku panggil sahabat mungkin hanya ada seorang dua. Dan macam mana dengan yang lain? Saya hanya boleh panggil mereka rakan sekolah atau rakan study dan tidak lebih dari itu. Ada jugak yang kawan makan kawan. Yang ini paling banyak walaupun di sekolah sendiri. Nak tahu apa ciri-ciri kawan makan kawan?


  1. Mereka ini dikategorikan sebagai tidak jujur. Anda boleh tengok sendiri, apabila anda dalam kesenangan, mereka akan membuntuti anda kemana sahaja anda pergi dan mereka akan buat apa sahaja untuk anda asalkan anda turuti apa kemahuan mereka tidak kira kemahuan apapun. Aku bagi contoh, Duit. Mereka berkawan dengan anda disebabkan duit.
  2. Mereka ini pula dikategorikan sebagai dengki dengan apa yang anda ada (!) Mereka tidak senang dengan apa yang anda miliki. Mereka anggap anda seorang yang lebih superior dari mereka dan mereka akan bermuka muka di depan anda tetapi apabila di belakang anda, mereka akan mengutuk dan mencaci anda di luar pengetahuan anda sendiri. Aku pernah hadapi benda ni berkali-kali --'


    Tapi aku tak bersua muka dengan diorang. Sebaliknya aku doakan agar mereka diberikan rezeki yang melimpah ruah supaya mereka bahagia dan berhenti mengata aku. Mereka ini sebenarnya tidak berpuas hati dengan kemewahan, kesenangan dan kebahagian orang lain. Mereka menganggap itu terlalu besar dan mereka tidak boleh terlalu rapat dengan kita dan menghasut kawan yang lain untuk meninggalkan kita. Dan yang seterusnya, Hasutan.



  3. Hasutan. Mereka ini terlalu taksub menghasut orang lain untuk membenci kita walaupun kita tidak berbuat apa-apa.
  4. Tikam belakang kawan baik sendiri. Pergh --' Ni memang sakit bhai! Anda pernah rasa? Aku pernah. Dan kawan aku ni burukkan aku dekat kawan aku yang lain. Sampaikan aku terpaksa bangkit balik secara perlahan. Apa lagi yang aku boleh buat? KAWAN BAIK SENDIRI.


    *Aku tiada jalan penyelesaian bagi pemasalahan ini. Cuma banyakkan bersabar dan berkawan lah dengan mereka kalau anda mampu, dan berhati-hati dalam berkawan. Ini hanya pandangan aku je, kalau kawan korang dikategorikan seperti yang dinyatakan di atas, aku ucapankan Tahniah (!)